Laju tul keta yang membawa aku, terlepas lak papan tanda keselamatan nie...
Inilah bumbung kami
Ini pula lantai kami....
Alam sekitar, dinding kami.
Pokok2 sawit menjadi tiang2 kami..
.
Asamgram : sesekali melalui perkara2 yang diluar kebiasaan....
Inilah bumbung kami
Ini pula lantai kami....
Alam sekitar, dinding kami.
Pokok2 sawit menjadi tiang2 kami..
.
Inilah venue kami. Semuanya berasaskan alam sekitar. Sesekali begini memang syok. Tak perlu kipas atau air cond untuk menghilangkan panas. Suasananya cukup dingin dan segar.
.
Semalam sepatutnya mesyuarat bulanan dijadualkan dibuat di opis. Tapi, tetiba black out lak. Cari alternatif lain, nampaknya 1 Slim River takde elektrik. Maka bos telah menyuarakan plan Z (setelah semua plan tak mendatangkan hasil)..hehehe.
.
Makanya persiapan dibuat & akhirnya sampai la kami kat salah 1 TSK (ladang) yang dibawa pengurusan kami utk meeting.. hahaha. Syok banget. 1 jek yang spoilt nyer, aku ngan Kak Kam berbaju kurung masuk ladang. Bukan ler kena jenuh jalan pusing ladang pun, tapi still cam 'kalo aku pakai seluar kan baguih....' heehe.....
.
.
Sebagai pencatat minit, kena la selesa nak duduk. Senang nak nulih. Tapi, takde komplen dari semua staf. Aku masih selesa menulis minit. Masih tenang mendengar setiap bicara. Hati lapang, tanpa hiruk pikuk pasar pagi.... Kalo meeting ari khamis memang gitu. Kerna setiap hari khamis, pasar lambak dibuat betul di bawah opis. Macam2 suara didengar. promosi sane, promosi sini...hehehe
.
Masing-masing mencari keselesaan. Asalkan tidak lenguh, tidak panas, itu sudah baik... Berubah tempat 2,3 kali sebab mencari tempat yang redup. Panas di sini, redup di sana. Makanyer memasing mencari ruang yang sesuai.
.
.
Memastikan semuanya berjalan lancar, kerjasama itu penting. Masing-masing tau tanggungjawab. Kami yang pompuan nie hanya membawa diri...hahaha. Syokkk...!
.
Air sungai nampak bersih. Dapat mandi nie best gak...hehehe. Minum pagi hanya beralaskan kanvas. Nasi lemak, kuih & air mineral jek dah cukup mengisi perut yang berkeroncong kerana masing-masing dah membayangkan masakan ayam kampung di Tg. Malim...hehehe.
.
Abih mesyuarat terus g Tg. Malim. Semua dah kelaparan. Menjamu selera di restoran ayam kampung paling top disana. Orang jauh pun datang menjamu selera. Kedai sentiasa penuh. Kebetulan dari kejauhan meja sambil makan, aku nampak pak Mat Taib sedang menjamu selera... Memang famous la kedai nie maknanyer.... Semalam tak sempat snap gambo pun. Kelaparan. Next time g, tangkap gambo lak....
.
Asamgram : sesekali melalui perkara2 yang diluar kebiasaan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan