18 Disember 2009

Merah Dijari

Orang kata, warna inai dijari ikut darah kiter...Betul ke..? Ntah ler. Saya sendiri tidak arif.

Tapi, biler orang yang berlainan pakai inai yang sama memang selaluyer warnanya berbeza. Jarang betul warnanyer samer jek... Logik ke ye..?

Tak kisah ler. Tapi saya suker berinai coz kuku2 saya nie tak brape nak cantik molek walaupun jarinyer nya molek gebu debab...hahaha. Perasaaaannnnnnnnn........



Dulu2 inai kena tumbuk, kalo nak senang pun pakai inai serbuk. Bancuh. Tapi baunyer...MasyaAllah idak ler dapat ditahan... Tapi skang takyah. Melambak dah jual inai jenis tiub nie. Macam2 jenama & rupa. Saya suker pakai inai Mekah nie & saya tak penah pakai inai2 india yang beli kat kedai tue. Tak syok la yang tue.



Lihatlah duniaaa......! hehehe. Jari2 gebu ku telah merah..... Kalo stok inai banyak kat umah memang jarang ler inai putus di jari. Dah agak2 nak terhapus jek, aku tambah. Tapi, kalo takde stok memang jari2 ku sepi tanpa inai.....



Dah pakai inai ie, pepandai ler behave yourself yek. Kalo dak camnie er jadi nyer. Tak semenggah betoiii.....

Khasiat inai nie macam2... Kalo dah tumbuk leh letak kat bisul, luka2 kat sekeliling kuku, untuk sengal tulang pun leh kata orang. Rebus daun buat minum untuk sakit kepala & petua menurunkan berat badan. Penah la cuba dulu, tapi taklalu ler baunyer. Tak sangup aku nak minum.

Yang nie aku ambik dari blog khazanah....
Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.

Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.

2 ulasan:

s.c.h.u.l.t berkata...

inai neh kind of dark in kaler :D

cam tak minat sangat. oren2 cantek. (tibe2 ngomen bukan2) HAHA

ezzati berkata...

merahnyeee jari tu

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin