02 Disember 2009

Yang Mana Satu..?

Semalam borak2 bab keje ngan opismate, berdebat la sikit bab bahasa melayu nie. Aku bukan pandai sangat bab bahasa tetapi kekadang 'konpius' jugak dalam banyak perkara.

Cam orang kata "pisang goreng" & "goreng pisang", penggunaannya kena betul pada keadaan, tempat, masa & perkara. Kalo silap kang maksud jadi lain walaupun sebenarnyer orang lain paham aper yang kita cuba sampaikan. Tapi dari segi peggunaan bahasa yang betul kena jaga gak.

Yang mana satu betul yek, "pendingin hawa" ke "penghawa dingin"...?

Itu ler yang kami bincangkan. Guna la salah satu dari 2 nie, orang lain leh paham dan tau aper sebnarnyer yang kita cuba sampaikan. Tapi, untuk lebih molek dan cantik, baik gunakan bahasa melayu yang betul.

Setelah didebat, dibincang & di gugel akhirnya jawapan yang betul adalah "pendingin hawa". Baru le tau maner yang betul, maner yang salah. Selalunyer sebut 'aircond' jek, jarang gunakan bahasa melayu, tapi dalam urusan rasmi kena la guna term yang betul. Kalo sebut dalam BM pun selalu jek kiter sebut penghawa dingin, betul tak...?

Asamgaram : Sekali-sekala sonok gak yek mendebatkan benda-benda cam gini...



Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin