13 Ogos 2011
Ari nie leh rilek masak2.... Berbuka kat umah SIL. Maka gantung periuk dan sudip.
Iftar semalam adalah meriah. Meriah ler daripada hari2 biasa yang masak jenis main humban jek. Konsep semalam adalah percubaan untuk menghabiskan semua haiwan2 dalam fridge. Tapi tak dapat gak menghabiskan. Ada jugak lagik tinggal.
Menu semalam sotong tempura, mixed vegetable, chicken in black & fried fish... Hahaha. International la kengkonon. nan ado international nyer. Semua masakan melayu. Saja jek nak propa lebih.
Yang benornyer ayam masak kicap + kentang, sayur campur + hati ayam, sotong goreng tepung & ikan goreng jek... Ikan tue memang banyak tue je la ader dalam peti ais. Goreng kan jugak ler, malangnyer tak berusik langsung. menggoreng untuk kucing rupenyer.... hehehe.
Semalam takde desert... Ari ujan. Malas aku nak mengadap pasar ramadhan basah2 nanti. jalan selamat takyah beli, tak rugi aper2 pun....
Dah nak masuk 2 minggu ranadhan kan..? Ader yang dah buat kuih raya ke..? 2 minggu jek lagik, ramadhan bakal melabuhkan tirai....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pesanan Penaja
Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan