Diari Ramadhan 1432 H - Yang susah tidak dilupakan

Alhamdulillah... Ramadhan hari ke 14 dipenuhi dengan program yang telah dirancang.... Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak yatim dari Sek. Kg. Sg. Gading.... Semua anak yatim yang hadir seramai 10 orang berusia bawah 12 tahun. Kalo ikutkan perkiraan awal, 20 orang anak2 yatim. End up, hanya 10 orang yang hadir... Takpe, janji apa yang dihajati tertunai...
Tak banyak cerita, kita layan gambar je la....
Anak2 yatim sedang menunaikan solat. Actually, sekolah anak yatim nie bergabung dengan sekolah tahfiz. Murid Tahfiz disekolah tersebut lebih 100 orang. Dan daripada 100 tue, lebih kurang 20 orang adalah terdiri dari anak2 yatim...
Sebelum makan, acara menyampaikan sedikit sumbangan untuk pengurusan sekolah dan untuk anak yatim juga... Sumbangan datang dari ramai orang. terima kasih atas sumbangan kalian, hanya Allah yang membalas nya. Sumbangan yang diterima bukan sahaja dapat diberikan kepada sekolah ini, tapi lebihan akan diberikan kepada rumah anak yatim yang lain.
Skang makan time. Waktu berbuka dah hampir, sementara tunggu tue, anak2 nie dilayan untuk mengambil juadah. Berbaris menunggu turn... Semua anak2 yatim yang ada kat sekolah tue lelaki sahaja... Tahun depan, kalo ader rezeki kita cari umah anak yatim lain pulak.
Antara kaum wanita yang hadir....
Sumbangan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tapi makanan dan kederat jugak... Macam2 makanan yang datang mencurah2 petang tue terutamanya desert... Nie jek gambo yang dapat diambil, banyak lagik yang dijamu.
Aku tak sempat pun mengambik gambo. Nie semua dr kamera adik aku... Petang tue hujan, dan anak kecik aku harus dipegang coz dah lincahhhhhh... Takleh nak bagi dier baring2 dah... Kang bantal ntah ke mana, dier ntah ke mana.
Semua makanan utama ari tue disediakan secara gotong royong oleh kariah Taman Bukit Hijau... Terima kasih atas sumbangan tenaga diaorang.
Selesai majlis, balik umah.. layan bantal la pulak.

Comments

Popular Posts