Salam Ramadhan hari ke-19.. huhuhu. Sepatutnya hari nie aku bersenang lenang di rumah, tapi malangnya semalam pepagi bos dh call suh datang opis kerana kerja penting yang perlu diselesaikan.... SYMP, ape nak buat.
Semalam adalah hari yang sangat2 penattttt.... Memang penattttt. Dari pagi membawa ke malam.... Tapi, aku suker jek...
Mood raya sudah mari, dah selamat ku siapkan peyek. 1/2 kilo tepung jek, tapi leh pitam wooo membuatnyer.......hehehe. Ader sesapr yang ngidam nak makan peyek mak, meh balik kampung meh.. Tak menyesal punyer.
Iftar sepatutnya adalah tiada. Ya..! Memang aku maksudkannya, tiada. Tapi, semuanya berubah sekelip mata....
Menyelesaikan menggoreng peyek hampir jam 7.00 mlm. Aku dah call Mr. K, 'halau' dier berbuka umah mak nyer... Dier ok jek. Mak pun takde, berbuka moreh di surau. Aku..? Aku takyah berbuka pun takpe, tema berpuasa ari tue adalah berbuka sepanjang ari, untuk aku je la. :) ...
Sekali kul 7.10 mlm, Mr. K balik umah. Aku ingat dier balik nak mandi, pastu nak kuar g umah maknyer coz pastu nak terus solat terawih. Sangkaan aku meleset rupanya. Dier turun tanyer masak aper.... Alahai suamiku, mesti dier nak air tangan isteri gak berbuka puasa kot. Ataupun rindu kat anak nyer la tue.. Tue pasal la tak jadi berbuka kat kampung.
Penyudah, masak la jugak. Kul 8.00 malam baru dapat makan. 1/2 jam jek aku menyiapkan menu berbuka. Konsepnya adalah, senang dimasak, cepat dimakan.... Masa tue la jugak, si Aina sibuk nak nyusu. Multitask la jadinya... Barulah betul supermak... hahaha
Maka jadilah,
Ayam masak kurma, telur dadar & ulam timun..... Senang kan, cepat pun.....
Kat umah pun SYMP jugak... Tapi, aku suker jek. Yang SYMP kat opis tue, paksa rela jek tue. huhuhuhu......
* SYMP : saya yang menurut perintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan