Diari Ramadhan 1432 H - Day 4

Alhamdulillah... selesai sudah puaser ke 4.


Menu hari nie....





Sup ketam + su'un + kentang + lobak putih, sambal tumis ikan kembung, tumis bayam + putik jagung & ikan masin... Pajeri nenas semalam punyer ader orang bagi. Dah selamat masuk longkang pun pagi tadi. Tak laku.




Lagi 10 minit nak berbuka tetiba Mr. K request lak nak telur dadar. Layannn......


Maaf la atas 'kecacamarbaan' ( korang paham dak..?) meja makan kitaorang. Kitaorang takde mengamalkan konsep melawa atas meja. Konsep kitaorang makanan kena sedap to the max... hehehe. kot2 la ader yang sakit mata tengok pinggan campur aduk, sudu pun pelbagai jenis... Bak kata orang semua main belasah jek... hehehe.


Ketam tue 3 ekor jek. Kami 3 beranak makan pun tak abis. Mak yg habiskan pagi tadi. Reason 3 ekor, coz orang bagi. Kalo dak mesti lebihhhhh. Tapi, bulan pose makan ketam agak melecehkan la sikit. Lambattttt... Tue pun sib baik maser berbuka Aina tertido, letih sangat kot. Takde ler aku tergopoh gapah makan berbuka. Cam tau2 jek dak Aina nie...


Sejak malam tadi, badan aku sebeno dah start gatal2... Asyik la menggaruk jek..... Kat muka lagi la. Harap2 Aina tidak la menggaruk dan naik rash. Dier pun tak brape tahan kalo ak makan ketam nie, udang takpe lak.

Desert semalam adalah pulut lopis made by mom. Aku suker lopis nie, tapi takut nak makan coz menyusukan anak kan.... Aina bukan boleh aku salah makan sikit, sikit jek aku silap makan, selambak muntah nanti. Kesian kat dier. Tengok je la lopis tue. Desert aku adalah sagu gula melaka yang masih berbaki dalam peti ais.

Mak suggest aku minum air halia. Sebab teringin kan lopis tue, aku bancuh la milo + halia. Sedap la pulak. Bagus gak nie, buat menu air berbuka puasa setiap hari. Tapi lopis tue, aku tak jugak makan, takutttt....

Dah 2 hari aku berjaya tidak menjejakkan kaki kat pasar ramadhan.... Dan setiap hari pulak la aku pening memikirkan menu berbuka puase. Aku rasa, benda tue dah jadi masalah utama kaum2 ibu & suri rumah kat Malaysia kot.

Aku nak mimpi jap menu berbuka petang nie yek. Rehat jumaat lama, leh mimpi panjang sikit.... hehehe
Adios.....................



Comments

Popular Posts