Diari Ramadhan 1432 H - Day 11



Pagi tadi mood adalah swing... Petang nie mood adalah mereng... Ini semua selepas membaca beberapa buah blog yang jugak sedikit 'mereng' sepanjang pengrehatan ku dalam dunia pejabat. Terima kasih pada blog2 yang telah disenaraikan..... U make my day...hahaha



Petang semalam sampai umah jam 6.30 petang selepas ke pasar ramadhan dan amik anak kat umah MIL.... Kelam kabut capai periuk belanga dan sudip...



Walaupun ke pasar ramadhan, yang saya beli adalah ini sahaja. Khas untuk Mr. K. Aku tak makan ikan pari. Alergikkk.... Ketul besar nie RM 3.00 hinggit. Masih diterima akal...



Balik umah terus masak lala.... Pagi semalam beli kat pasar tani kat bawah opis nie jek. Jadi berbuka ini la hidangannyer.... Mula2 ingat nak buat sweet sour, sekali terpandang macam botol pes tomyam melambai2.. Jadi la lala tumis tomyam.....




Tumis tauge dengan tauhu.....



Kuih muih.... Aku beli jek semalam terus sangkut dalam keta. Idak la nengok2 dah. Rupenyer adik tue campur jek kuih2 nie... Sampai umah terlebih mesra dah depa..... Nasib la. Hilang 'seri muka' tue dah....






Itu jek.... Nasik dah mintak mak tolongmasak awal2 takut tak sempat sampai umah. Jadi idak ler meratah lauk jek time berbuka. Semalam mak berbuka kat surau lagik....

Ari nie jumaat kan... Yeay....! Sok nak ke umah SIL, ahad lak ader program ngan anak yatim. Gantung periuk la sok...





Comments

Popular Posts