09 Ogos 2011

Diari Ramadhan 1432 H - Day 8


Pejam celik pejam celik dah masuk 9 ari pose ari nie kan....

Hari-hari pening kepala memikirkan menu berbuka. Tapi selalunyer jugak, menunyer akan berakhir dengan marvelous sekali... hahaha. perasan.

Semalam konsepnyer adalah very simple.... Very simple ke malassss....hehhe.

Menu kami 2 beranak semalam : Nasi goreng pedas, sotong goreng tepung & sup lobak putih.



Kuih muih adalah hasil rembatan kat pasar ramadhan... Beli banyak nie pun tak habis ko... huhuhu.




Kami 2 beranak jek, coz mak berbuka kat surau. Ada moreh. Jadi aku ngan Mr. K je la... Berteman kan Aina.


Semalam aku hanya mula pegang senduk dekat2 jam 7 malam. Sib baik la sempat. Keputusan aku untuk bernasi goreng je adalah tepat coz Mr. K balik lambat mak dah kuar awal g surau. Aina dah takleh tinggal sengsorang kat depan lelama.... Ligattttttttttttt.... Tinggal kejap jek pun tau2 dah ke situ... Kang kejap dah kesini.. Laju betul anak ibu nie.

Letih sungguh semalam, cuaca panas terik kat luar... Lepas selesai semua keje belah malam, aku dok melepak ngan Aina kat depan tv. Sampai la dua2 tertido, tapi dier dah terjaga aku tido lagik. Sib baik tersedo gak dengo mulut dier bising. Susah nak suh dier dok diam skang....


Skang nieberbuka dah takde air panas dah. Aku dah balun je air dalam peti ais tue. Tapi aku kuarkan awal2 dari petiais, takde la sejuk mengejut. Kengkonon nak kurangkan effect ais tue la, tapi sama jek sebeno nyer... huhuhu. Bukan apa, aku rasa minum ais la makin buat badan nie letih & tak digalakkan minum ais bagi ibu menyusukan. Tapi, mintak maap ler, tekak teman tak mampu nak nengok Mr. K meneguk air ais tue dengan jayanya.... nasib la...






Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin