21 Jun 2011

Aku dan JPJ...

Kecut perut kalo aku tengah drive tetiba keta jpj lalu sebelah... Mula la buat2 tak nampak, buat2 bodoh jek... Terkenang kisah lalu. Aku ngan JPJ memang ader sejarah.. ;(

Kisah di bulan Ramadhan, ketika aku sedang pregnan 4 bulan pada pukul 6.30 petang...

Aku drive dari Slim River memang berhemah, pakai seat belt, bawak pun ikut had laju... Pendek kata aku la pemandu paling berhemah ari tue. Tapi, berhemah mana pun korang, kalo dh nak kena tue, hadapkan ajer.

Sampai pekan Tapah, pinggan aku dah lenguh. Maklum la 4 bulan, memang badan tengah nak membesar. Tak selesa duduk lama2... Aku bukak la seat belt, lagipun udah nak sampai umah pun. Pas bukak tue, aku selamaba jek lalu sebelah jpj. Actually, aku langsung tak perasan pun yang aku potong tue keta jpj. Selamba je la...

Sampai depan spital, lampu merah. Keta jpj tue kat sebelah aku, tapi terbelakang sikit. Biler traffic light hijau jek, aku jalan la, pastu jpj baik jek ikut belakang aku. Dier pasang lampu siren, pastu angkat lampu tinggi suh aku berenti. Sib baik la dier tak pasang bunyi siren dier tue, mengkalo dier pasang kompom 1 tapah tau aku kena tahan...

Depa minta lesen dan bagi tau salah aku... Terus suh aku pegi belakang keta depa. Tak sempat aku nak mempertahankan diri langsung... Aku kan slow motion tengah2 pregnan, sampai kat belakang keta jpj tue aku tgk, baik nyer dier tulis surat saman. Tak tanya pun apa masalah aku... Kebetulan perut aku tak berapa nampak coz pakai baju kurung. Udah cam gitu aku tengok orang jpj tue layan aku, aku diam je la. Malas nak bising2 .

Dier hulur surat saman, aku amik, baca. Kena naik court, takde kompaun dah... Hampeh punya jpj. Aku pun masa tue dah malas nak mokak2 ngan depa coz dah dekat sangat nak berbuka. Jadi, terima la dengan hati yang terbuka (:-p) dan redha.....

Sampai masa aku g mahkamah, bicara. Hakim tue baik jek, sambil prosedur berjalan leh la sembang2.. Bagus tul. Maser aku g tue, dah 7 bulan pun. Ya... Usia kandungan 7 bulan, perut tengah memboyot sesangat aku kena naik court. Merasa la Aina masuk court maser dalam perut. dengan alasan aku mengandung, tak selesa nak pakai seat belt, maka lepas la aku tanpa kompaun. Selamat....

Semalam, sekali lagik aku kena tahan... Ish... Dengki la orang jpj nie. Yang nie kompom la salah aku. Road tax dah mampus. Bukan tak tau, tau dah. Insurans dah bayo pun pada member kitaorang tp dier tak buat lagik. Budak jpj tue cek insurans online pun, lom jugak depa masukkan. Aku merayu. Sib baik la bebudak tue paham masalah aku... Terima kasih yek adik2 jpj... Kalo tak kena la naik mahkamah kali ke-2 lak...


Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin