Terkurung dalam kereta

“Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran”



TUMPAT – Mungkin inilah peribahasa yang tepat sekali kerana tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.



Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.



Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.



Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen.





Kisah nie dah lebih seminggu berlalu. Biler dikenang2, sampai dah ajal anak kecil nie, tapi biler dipikirkan balik, kecuaian yang boleh dielakkan. Moga2 saya dan ahli keluarga yang lain sentiasa beringat dan dielakkan dari kecuaian sebegini. Wallahualam...




Nie kisah lama, baru2 nie ada 1 kes anak terperangkap dalam keta kat Slim nie...




Kebetulan maser tue aku tengah breakfast... Tetiba lalu la bomba, ingatkan ader kebakaran ke kat area situ... Tapi, tak pun. Rupenyer ader kes budak terkurung dalam keta...




Aku tak jenguk pun tempat kejadian, aku cerita nie berdasarkan cerita orang keliling la... Depa tipu, tipu la aku kat sini...hehehe.




Alkisahnyer mak budak tue parking jap, nak beli kuih kat situ. Ntah camner keta terkunci ngan anak keciknyer ader kat dalam. Jangan tanya aku camner leh terkunci, aku takde jawapan. Anak yang terkurung kat dalam pun aku tak tau kecik maner, tapi memandang dier tak pandai bukak kunci keta tue, aku assume kecik la lagik...




Orang keliling dah cuba nak tolong... Tapi, depa kata kalo keta honda memang susah nak bukak kuncinyer... Tak boleh bukak jugak, depa suggest suh pecah cermin keta memandangkan dah lebih 1/2 jam budak tue terkurung. Luckily, aircond keta terpasang, jd idak ler panas.




Biler depa suh pecah cermin, akak nie takmo. Dier usaha gak bukak, tp nak pecahkan cermin keta, TIDAKKK... Ntah ler susah nak cakap kan, nak keta selamat ke nak anak selamat yek....? Sudahnyer dier call bomba.




Bomba sampai jek, tak cakap banyak dah, tak tanyer aper dah, terus jek pecah cermin keta akak tue.. Aper nak kata, diam je la. Selamat la budak tue dah...




Macam2 peel kan... macam ragam ader...


Comments

Popular Posts