22 Jun 2011

Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh...

Tengok gambo jek dah membuat air liur meleleh.. Terasa-rasa masam belimbing kat tekak... Heaven..!!!




Menu malam tadi... Kebetulan petang semalam ader orang sedekah belimbing buluh. Terus terkenang masak lemak cili padi. Terkenang jek, terus jadi... Kiranya malam tadi, malam rajin la, kalo tak maunyer terus menjadi...


Aku main campak2 jek...


bawang + cili padi diblend. Masuk periuk campur santan + serbuk kunyit + garam + ikan. Didih atas api. Dah menggelegak masuk asam belimbing...


Masa masak tue, try 2,3 kali takde rasa masam. Belimbing tak masam kot. Aku tambah asam keping. Biler makan, gigit jek asam belimbing buluh tue, mak aiiii masam kooo... uish... sodapppp.

Sedikit info pasal Belimbing bulu. Aku cedok dari google...

Belimbing buluh (Averrhoa bilimbi L.)
OXALIDACEAE



  • Juga dikenali sebagai belimbing asam.

  • Mengandungi vitamin A dan C.

  • Hidup dengan baik di tanah yang tidak menakung air dan kawasan yang tidak mempunyai musim kemarau berpanjangan.

  • Dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

  • Buah belimbing buluh dimakan mentah, dibuat sambal, acar, jeruk, kari dan sirap.

  • Ia juga boleh diperam dengan garam dan digunakan sebagai perencah masakan atau dibuat minuman.

  • Selain digunakan dalam masakan, buahnya turut digunakan sebagai pembersih kuku, pencuci logam dan pencuci domestik yang menanggalkan kekotoran.

  • Buah belimbing buluh digunakan secara tradisional untuk merawat darah tinggi, sakit gigi, batuk teruk, jerawat, panau dan lain-lain.

  • Bunga belimbing buluh digunakan untuk merawat sariawan dan batuk pada kanak-kanak manakala daunnya digunakan untuk merawat reumatik.

Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin