Menu Wajib - lobak putih




Menu yang wajib ader setiap hari waktu berbuka.... Sup lobak putih.


Sup bodoh je pun. Rebus tambah bawang + garam jek..... Kalo korang perasan setiap hari sup nie ader, mangkuk yang sama gak digunakan...hehehe. Tak banyak pun masak, 7,8 potong jek. Khas untuk aku sorang. Orang lain takmo.



Kenapa perlu ader nie..? Coz saya nak maintain pengeluaran susu untuk bekalan anak kecik aku kat umah. Untuk maintain ini lah makanan yang sesuai dan serasi dengan saya. Ia menjadi milk booster saya.

3 minggu sebelum ramadhan, production susu aku sangat2 drop sampai nak meninggalkan bekalan untuk anak tidak cukup. Kekadang jugak aku terpaksa amik MC & EL untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Seminggu sebelum puasa saya mulakan balik rutin semasa berpantang.

Actually, minggu 1 - 3 semasa pantang hari2 saya makan lobak putih. Memang susu meimpah ruah, terutama di sebelah malam sampai lenjun tilam bantal. Semakain lama, semakin dilupakan. Biler ader masalah baru saya makan balik lobak putih nie. Alhamdulillah, susu dah balik kepada asal. Malah lagi pekat daripada dulu.

Kalo taknak sup pun korang boleh jek buat menu lain. Terpulang. Aku penah tumis jek lobak tue. Penah gak buat goreng tepung cam tempura tue. Tapi goreng tepung nie tak brape lalu nak makan, coz pahit....

Alhamdulillah.... saya akan teruskan makan lobak putih sepanjang ramadhan nie...

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.






Comments

Jery Mszi said…
bagusnyaaaa .... untuk anak2kan ...
Kak Nieta said…
a'ah..kena la berkorban. sementara lalu makan nie makan la, esok dah tak lalu, kiter tnggalkan je la.

Popular Posts