Diwali di Cameron Highlands
Moh jenjalan ke Cameron Highlands. Takde aper2 perancangan pun, tetiba jek ader orang ngajak jongket ke CH, kami ok jek...
Budak keciknyer rupenyer mabuk + pening jugak kalo naik keta jalan belit2 nie... hehehe. Pecah rahsia dah.
Maser pegi tue, Aina tido. Sampai kat Ringle kot baru dier terjaga. Memula ok la, gelak2, main2 dalam keta. Tak lama pastu dier cam menggong jek. Angkat kepala pun tak boleh. Baring jek kat dada aku. Angkat kepala, letak balik. Diam jek. Pening la tue. Sib baik tak muntah.
Orang tak berapa ramai sangat, walaupun leh tahan sesak. Kalo ramai, jalan semua jem. Nie ok la jugak. Sampai jek dah kul 1 tghari. Terus cari makan dulu, lapar.
Habis makan ingat nak melepak kat kaki gunung brinchang, malangnyer jalan nak ke sana rosak la pulak. Kami bwk keta comel lote, kalo 4WD nie lepas la. Maka tak jadi ler, separuh jalan, patah balik. Pastu terus g Ladang Teh Sg. Palas. Lepak sana. Minum2, makan2 jap... Sembang.... Sejukkk...
Aku suka lagi lepak kat Sg. Palas nie coz tempat dier cantik. Leh jalan dalam ladang teh, tapi nak nyampai ke atas jauh sikit sbb keta tak leh naik. Parking kat bawah jek... Daripada lepak kat Teh bharat tue, sini syok sikit nak bergosip. Lagipun air kat Teh Bharat tue membunuh betul, pekat, kelat. Saper penah pegi mesti tau camner rasenyer teh kat sana. Kat Sg. Palas, sedap jek airnyer.
Habis lepak2, gosip2 terus gerak ke Kea Farm.. Membeli sayur. Sukenyer aku biler dapat beli macam2 sayur fresh untuk anak dara tue... Tapi takde ler banyak beno aku beli... Cukup2 tahan utk 2 minggu kira ok la tue. Sayur2 yang beli utk Aina dah habis pun, yang tinggal sayur mayur utk ibu abah Aina. Ibu malas la kekdahnyer nie...
Habis memborong sayur, terus jenjalan kat pasar malam pulak. Selalunyer, pasar malamnyer ari Jumaat + Sabtu jek. Nie ari Rabu lak. Mungkin pasar malam hanya aktif pada hari cuti kot. Jadi cuti Deepavali pun jalan gak.. Takde aper yg menarik, banyak beli barang makan jek.
Selesai terus balik... Sampai umah kul 7.30 malam. Anak dara cek tido sepanjang jalan, sib baik. Kalo tak kesian tengok muka mengong dier...
Comments