01 November 2011

Lain yang dibela, Lain yang membiak...

Pejabat lama dulu, ader la letak akuarium kecik jek.... Memacam dibubuh... Mati ikan tue, beli ikan nie. Beli lagi ikan lain. Ader gak yang balik kampung bawak gak ikan2 parit tue. Pun tak tahan lamer...Takde ler dan2 tue mati, sebulan dua pastu tue kojol jugak akhirnya...


Ader gak, yang baik hati gie bubuh siput gak dalam tue. Dan suprisingly, siput tue membiak. Siput membiak camner ye...? Coz depa letak sekor jek siput tue, tapi membiak dengan jayanya. Agaknyer siput tengah bunting kot dok dimasukkan dalam tue.



Tapi akuarium ang kecik molek dah bertukar tugas... Skang jadi tempat letak bunga.. Dah digantikan dengan akuarium lain, lagik cantik dan besar. Lengkap ngan filter, lampu, perhiasan dan udara... Tahan lamer sikit ikan2 nie...


Aku pun berangan gak nak meletak akuarium balik kat umah. Kedai yang kitaorang beli ie murah la pulak barang2 dier. Dier kira pakej, beli akuarium sekali ngan batu2, filter semua. Yang perhiasan2 lain tue tabah duit la. Dulu2 penah la ader akuarium kat umah, last2 pecah lak coz terhempas batu kat dalam.

Sebenarnyer, draft pejabat baru dah lamer dok buat. Tapi, lom berpublish lagik.... Sian kan...





Tiada ulasan:

Pesanan Penaja

Apa yang ada dalam blog nie adalah hasil penulisan tuan tanah dengan daya imaginasi sendiri... penerimaan adalah atas penilaian sendiri....

Menarik...!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin