Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan

Sejak mula mengandung, soklan yang biasa aku dengo biler jumpa ngan orang adalah "nak bersalin kat maner nanti..?" soklan lazim la kiranyer...


Dan sejak mula bersalin tu la ramai dok advice kat aku, toksah bersalin kat situ, bersalin la kat sana, kat sini teruk, kat sana pun teruk... Kalo nak dipikir2 kan memang bab mencari tempat bersalin nie poningggg dik....Nak mejawab soklan deme2 nie cakap kena lapik2 coz kiter tak tau kendian hari aper jadik... Kang beriya2 taknak bersalin kat sinun, tp terpaksa jugak hadap.


Penah minta advice doc gak, kalo nak bersalin takyah g Hospital Tapah dah, terus jek g ke Hospital Teluk Intan coz this is our precious baby... Why precious..? Ye la nak mendapatkan nyer 7 tahun baru lekat. Jadi doc pun taknak tanggung risiko aper2 dier suh g Teluk Intan terus sebab kat sana cukup pakar.. Tue suggestion dari doc gomen la...


Dalam maser yang sama gak aku try gak riki2 tempat2 nak bersalin tapi semuanya jauh la... Kebetulan Mr. K lak kata medical card opis cover maternity kat Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan. Try search maklumat, dan dapat la beberapa komen coz kat sini tak brape nak popular sangat.



Maser aku bersalin hospital nie lom pindah lagik... Nie bangunan lamernyer... Memanggggggg lamer sungguhhhhh. Bangunan zaman kolonial... Ish kalo ditengok dari luar memang la ala2 seram gak... Tapi, alhamdulillah sepanjang aku ader kat sini, takde lak kena apa2 yg diluar jangkaan.






Skang nie hospital nie berpindah dah kat bangunan baru yang lagik cantik dan canggih. Nampak lebih korporat dan berdaya saing sikit... Bangunan 8 tingkat tak silap aku... Actually, Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan nie under Perbadanan Kemajuan Islam Neg Perak.




Coz saya bersalin kat spital lama dier, jadi knowledge saya banyak pasal di situ je la..

Mostly kat sini semua yg bertugas adalah islam. Rasanya aku tak nampak lak yg bukan islam bekerja kat sini.

Bidan2 nyer semua pompuan. Kebanyakan nyer dh berumur dan berpengalaman luass... Misi2 lain pun ader gak dan kebanyakannyer muda2 belia. Layanan depa nie sangat2 baik dan friendy. Boleh diajak bersembang, boleh diajak bergurau. Mesra alam semuanya. Kalo ader masalah, depa leh ajar. Tunjuk aper yg patut.

Doktor pakar gynae ader 3 org, 2 orang perempuan & 1 org lelaki. Saya pilih Dr. Raofah coz dr survey yg saya buat kebanyakan nya gunakan khidmat Dr. Raofah. Dier ader klinik lain kat Manjoi gak. Tapi, doc nie semua ader time je yek kat Klinik depa kat Ar-Ridzuan nie. Bukan sepanjang masa kat sini. Paed pun ader dan peramah. Paednyer lelaki. Hari ke-2 dier dtg bilik nak check anak, tp sebelum masuk dier suh misi sound dulu tuk kiter prepared nak pakai tudung ke, nak tuko baju ke... hehehehe.

Bilik kat sini ok. Ader bilik sorang dan ader bilik kongsi punyer. Kalo takde org depa bagi kita bilik single, tapi kalo ramai kena share la yek. Setiap bilik single lengkap ngan kelengkapan yang perlu. Telekung dan kerusi malas pun depa letak jugak. Bilik air pun dok dlm bilik ajer siap ngan water heater gak. Yang bilik share aku takde info lak.

Makan...? Mmmm.. Makan kat sini aku ingat depa tak masak la. Depa beli jek siap dan hidang pada kita. Tapi yang tak syok nyer, betul2 pas aku bersalin tue depa gi hidang nasik ayam... huhuhu. Sudahnya aku tepon mak suh buatkan bubur nasik. Tapi kalo sesaper yg taknak amik makan kat situ leh jugak. Cakap jek makan sendiri, jd depa tak sediakan la makan tuk kiter.

Kelengkapan kat LR dan kat OT pun nampaknyer lengkap.... Jadi tak risau kalo jadi aper2 kes kena tolak lak kat tempat lain. InsyaAllah.

Aper lagik yek... Setakat nie pengalaman aku bersalin kat sini takde la yg menyeramkan. OK sesangat. InsyaAllah kalo ader rezeki aku nak bersalin kat sini gak.

Bab harga lak, kalo kiter bersalin normal dalam RM 1,400+++ la. Dan ari tue aku c-ser kena RM3990+++. consider murah jugak dari hospital swasta yang lain.Tapi nie harga maser aku bersalin kat spital lamer depa. Kalo kat spital baru nie, aku tak tau la dah naik harga ke belum. Take note yek aku buh harga bukan nak bgtau aku berduit bersalin kat swasta (aku under medical card un), tp untuk rujukan kengkawan yang mencari alternatif selain dari hospital gomen dan nak allocated bajet bersalin nanti.

Sampai sekarang, check up bulanan dan cucuk anak daraku memang buat kat sini gak. Semua doc nyer peramah. Kalo mencucuk baby, doc yang buatkan dan depa pandai amik hati budak2. Leh gurau2 ngan bebudak lagik.

Yang aku perasan 1 yek... Kalo cek baby nak timbang depa terus jek timbang takde bukak2 baju pun. Tapi kalo kat gomen kena bukak habis kasi telanjang bulat baby. Aku tak penah buat kat gomen, tapi kekadang biler g spital, nampak gak la.

Itu je la yang aku ingat... Nanti ader info lain aku kabo lagik ye.


Comments

Iskandar Shah said…
PERKHIDMATAN AR-RIDZUAN

Unit Kecemasan 24 Jam
Makmal Perubatan
Pusat Bersalin 24 Jam
Farmasi
Dewan Bedah 24 Jam
Pengimejan
Klinik Pesakit Luar
Pemeriksaan FOMEMA
Pakar Perbidanan & Sakit Puan
Pemeriksaan Kesihatan
Pakar Kanak-kanak
Persediaan Jemaah Haji & Umrah
Pakar Perubatan Am
Berkhatan (Dewasa & Kanak-kanak)
Pakar Pembedahan Am
Pusat Fisioterapi & Kecederaan Sukan
Pakar Radiologi
Pusat Haemodialisis
Anonymous said…
Sy ada medical card n insuran jugak..under great eastern....xtau lak leh cover ek....
Kak Nieta said…
try call agent insurans balik la tuk tau ader ke takde...
Iskandar Shah said…
kalo xcover bole suh company anda utk kluakan guarantee letter (GL) utk claim medical anda...
Anonymous said…
sy nk tanya.. tmpt dia kat ipoh ke?

Popular Posts